Jawatankuasa Audit


1- LATAR BELAKANG


Jawatankuasa Audit, Lembaga Pelabuhan Johor telah ditubuhkan pada tahun 1998 iaitu bermulanya Unit Audit Dalam Lembaga Pelabuhan Johor. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan mengikut Surat Pekeliling Am Sulit Bil 2 Tahun 1993 Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah Dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan-Badan Berkanun Persekutuan.

Surat Pekeliling Am Sulit Bil 2 Tahun 1993 telah dibatalkan oleh Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 1998 di mana surat pekeliling terbaru telah mempertingkatkan fungsi Unit Audit Dalam dan menyelesaikan teguran Ketua Audit Negara. Surat Pekeliling Am Bil 3 Tahun 1998 telah menggariskan mengenai peranan dan tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif dalam pengurusan Badan Berkanun Persekutuan. Ia secara tidak langsung telah memberi penekanan kepada peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Audit.



2-   KEAHLIAN JAWATANKUASA AUDIT


Bagi tujuan meneliti kedua-dua laporan Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar, Lembaga Pengarah Badan Berkanun hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Audit yang keahliannya dilantik daripada kalangan Ahli Lembaga Pengarah.

Jawatankuasa Audit hendaklah ditubuhkan melalui resolusi Lembaga Pengarah yang menggariskan objektif Jawatankuasa tersebut, tanggungjawab dan keanggotaannya.

Jawatankuasa Audit boleh dianggotai tiga (3) hingga lima (5) orang ahli terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah bukan eksekutif. Jawatankuasa Audit boleh melantik pengerusinya sendiri atau boleh juga dilantik oleh Lembaga Pengarah.



3- KEAHLIAN JAWATANKUASA AUDIT 2012 


BIL
NAMA
JAWATAN
1
En. Kamarudzaman Bin Abdul Karim
Pengerusi
2
En. Tey Kim Chai
Ahli
3
En. Chua Kok Ching
Ahli
4
Tn. Haji Mohd Noorazam Bin Dato’ Haji Osman
Ahli
5
Wakil Unit Audit Dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia
Turut Hadir
6
Pn. Azilawati Binti Ab. Wahab
Setiausaha




4- TERMA RUJUKAN DAN FUNGSI UTAMA JAWATANKUASA

    AUDIT


1.    Fungsi Utama Jawatankuasa Audit adalah seperti berikut:

a)   Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya;

b)   Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam;

c)    Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar;

d)   Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Juruaudit Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah;

e)   Mengkaji dan menasihati Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan;

f)     Mengkaji dan menasihati Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara  kuantitatif di atas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah;

g)    Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai / kakitangan dan mangambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam Badan Berkanun yang berkenaan;

h)   Memastikan bahawa Badan Berkanun sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa;

i)     Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa; dan

j)    Melaporkan kepada pihak Pengurusan mengenai kakitangan yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan untuk tindakan yang sesuai.
 
2.    Jawatankuasa Audit hendaklah membentangkan laporan setiap suku tahun di mesyuarat Lembaga Pengarah atau empat (4) kali setahun. Sekiranya tiada pemerhatian diterima, Jawatankuasa Audit hendaklah melaporkan demikian dalam laporan suku tahunnya.

3.    Jawatankuasa Audit hendaklah diurusetiakan oleh Ketua Unit Audit Dalam.

4.    Kuorom ahli mesyuarat adalah seramai tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

5.    Sekiranya Pengerusi Jawatankuasa Audit yang dilantik tidak dapat hadir, ahli Jawatankuasa Audit hendaklah melantik pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat di kalangan ahli yang hadir.

6.    Selain itu, wakil daripada Unit Audit Dalam, Kementerian Pengangkutan juga dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Audit yang diadakan untuk memberikan pandangan dan nasihat sekiranya perlu kepada Ahli Jawatankuasa Audit.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan