Pengenalan


1- LATAR BELAKANG


Unit Audit Dalam telah ditubuhkan berikutan daripada penerimaan waran perjawatan daripada JPA pada 6 Mei 1997. Perjawatan yang diterima adalah satu untuk jawatan Juruaudit Dalam (W3) dan satu jawatan Penolong Juruaudit (W5). Namun begitu, Unit Audit Dalam ini hanya berfungsi setelah kemasukan Juruaudit Dalam (W3) pada 15 September 1997. Walau bagaimana pun, Penolong Juruaudit telah ditempatkan di Bahagian Kewangan untuk melaksanakan tugas-tugas kewangan disebabkan kekurangan kakitangan di bahagian tersebut.

Unit Audit Dalam adalah bertanggungjawab ke atas pelaksanaan audit di dalam Lembaga Pelabuhan Johor mengikut arahan Pengurus Besar dan program audit yang dirancang setiap tahun setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Audit, selaras dengan polisi-polisi dan prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Pada tahun 1999, kuasa Lembaga Pelabuhan Johor telah diperpanjangkan ke Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas). Oleh yang demikian, Unit Audit Dalam Lembaga Pelabuhan Johor turut bertanggungjawab untuk melaksanakan auditan ke atas Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas).

Mulai tahun 2004, Unit Audit Dalam Lembaga Pelabuhan Johor telah menerima waran perjawatan baru di mana dianggotai oleh satu (1) Juruaudit Dalam (W44), satu (1) Penolong Juruaudit (W36) dan satu (1) Pembantu Tadbir (Kewangan) (W17).



2- OBJEKTIF


1. Membantu pihak Pengurusan mempertingkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan;


2. Membantu pihak Pengurusan  dalam menyusun dan mengawal kegiatan yang dijalankan supaya teratur dan sistematik dan ia dapat mencapai objektif dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, kekesanan dan ekonomi tetapi Unit Audit Dalam tidak bertindak sebagai pengganti tugas pengauditan yang dijalankan oleh pihak audit luar (wakil Ketua Audit Negara); dan


3. Membantu pihak Pengurusan mencegah sesuatu penyelewengan daripada berlaku.



3- FUNGSI UTAMA


Menjalankan auditan untuk menentukan peraturan, undang-undang dan prosedur kerajaan dipatuhi oleh Lembaga Pelabuhan Johor dan Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas).



4- AKTIVITI DI BAWAH FUNGSI UNIT AUDIT DALAM


FUNGSI
AKTIVITI
Pengauditan



Pelaksanaan Pengauditan Mengikut Perancangan Audit Tahunan;
Pengauditan Panjar Wang Runcit;
Penyemakan Baucar Bayaran Bulanan;

Mesyuarat Jawatankuasa Audit

Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Audit
Laporan Unit Audit Dalam Kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia
Penyediaan dan Pembentangan Laporan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan